20 Jan 2014

Nota :P

Hello Blog ! Disebabkan tadi hari fira sebok disekolah iaitu stayback dekat sekolah sampai petang kerana menemani seorang teman fira yang paling dikasihi, tak lain tak bukan Naslinggg lah orangnya . Mana taknya, kalau seharian duduk sekolah mesti ada membuat sesuatu perkara . Kalau kalau korang taktahu lagi, fira satu hari dekat sekolah kalau tak menegur kawan memang tak sah ahh . Lantak ahh nak kata fira nihh apa. Orang peramah memey macam gua . Hehee gurau :P Fira tadi stayback pon bukan asyik potpet potpet jehh . Cuba bayangkan mek oii ,kalaulah aku nih seharian tak berhenti bercakap . Ada jehh benda yang nak cakap macam mak joyah . tak mati ohh odenn . Penat ahhh ! Banyak air liur yang dihasilkan . Orang yang dengar cerita fira yang  diperbualkan dari A sehingga lah Z ponn turut penat doee. Ahhhhh .. tadi fira stay buat HomeWork yang cikgu bagi di kantin sekolah . 

Homework baru johh bulan satu tak sampai lagi masuk bulan dua dah menimbul macam bukit. Ayoyoo pening kepala boleh jadi gila fira . Nihh belum lagi ambil subjek tambahan sprt Add Math , Kimia dll . Eh eh fira dah mula berangan lebih . Ingat fira, awak masih form3 belum lagi form 4 yang ambil macam macam jenis subjek. Tahun nih PBSMR 

Now actually bukan fira nak cerita buat Homework ahh . Homework yang diberi tetap homework . Wajib buat . Itu suka hati cikgu cikgu fira lah nak dera kitaorang dengan cara apa . Hehee dalam hati aku sebenarnya berkata 'Cikgu kejam ! Sangat kejam' deyyy fira! Ingatlahh sampai mati, cikgu melaksanakan kerjanya . Kita sebagai pelajar harus patuhi. Dan cikgu juga berbuat demikian supaya melatih diri kita untuk membuat latihan yang banyak, mengisi masa lapang lah sangat -.- 

Perasan tak tajuk entri fira tuh ? Nota . Apa berkenaan dengan nota ekk . Sebenarnya fira tak tahu nak buat title apa yg sesuai untuk entri nih . Disebabkan di kepala otak nih masih tak sampai sampai atau wujud idea so that fira main letak jehh title: nota. Ehh ehh lupa, kalau nak diikutkan ada berkenaan jugak dalam diri Fira . Apa dia ? Benda yang fira nak cerita nih boleh dijadikan panduan dalam kehidupan seharian fira. Dalam kesebokkan fira membuat homework dengan tekun nya, sambil sambil tuh sempat lahjuga berbual bual . Memandangkan fira sekarang terlalu rajin dengan blog, so fira bercerita lah dengan Naslingg blog blog yang paling Fira gemar membaca . Antaranya : Fatin Liyana , Yuyu Zulaikha , Irine Nadia and others lah. 

Selesai jehh cerita yang fira ceritakan tuh, Naslingg pulak buka cerita pasal mimpi dan perasaan . So, dari cerita tu lah fira jadikan teladan . Mungkin ada betul apa yang dikatakan Naslingg . Dia kata 'kalau kita mimpi sesuatu sepatutnya tak patut kita bercerita dengan sesiapa. Tak kiralah mimpi kurang baik atau mimpi baik . Kalau kita mimpi baik, contohnya kita dapat duit yang banyak usahlah membuka cerita . Diomm johh. Mana tahu memang rezeki kita nak dapat . Tapi sebaliknya, kalau korang bercerita mungkin itu cuma angan-angan johh' . Kalau mimpi buruk ? Hmm entah ahh. 

Lagisatu apodiohh ? Lagisatu nih pasal Perasaan . Setiap orang ada perasaan . Sama ada jantina lelaki atau perempuan tetap mempunyai perasaan tersendiri. Tak kiralah perasaan suka ataupon duka en. Samalah macam Fira . Fira pon ada perasaan suka pada someone . Dah shuttt ! Bukan masa untuk cerita pasal couple couple ehh . Now back to the topic . Nasrin ada pesan, 'kalau kita jatuh cinta pada someone, biarlah diri kita sahaja yang tahu. Sebab apa ? Chopp sebelum nih fira ada try try tanya cikgu yang fira bangga dengan  sikap dia. Cikgu Suzie Shazira kata kan, kalau kita nak bercinta biarlah secara diam diam . Itu yang lebih baik. Haaaa, sambung pesan nasrin tadi . Sebab, kalau orang dah tahu pasal relationship kita maybe semakin kurang rasa cinta kita pada dia . So that, biarlahh rahsia kalau kalau ada orang tanya pasal hubungan kita'. 

Now dah paham wahai para pembaca blog fira nih ? Apa yang dikatakan oleh Naslingg tak tahu betol ke tidak . Tapi kan, pendapat fira tetap sokong pada apa yang dikatakan itu semuanya benor . Sebab apa ? Kalau tak berapa betul yang dikatakan pon tetap ada betulnya . Buat apalah kita nak heboh heboh apa yang kita ada. Membazir jehh . Diam diam sudah ah . Kalau korang nak percaya atau tidak semuanya nih up to you all . Kita cuma nak share jeh . 

Oklahh blog ! Entri kali ini sampai sini sahaja . Jenuhh ahh nak menaip panjang panjang . No energy and no force to type it anymore . Oleh itu, entri kali ini diakhiri dengan Alhamdulillah dan Austaghfirullah al-azim jika ada salah dan silap . Ilalliqaq' !

18 Jan 2014

☂ About Me ☂

Assalamualaikum

Rasanya macam dah lamakan Fira tak upload blog nih dengan kisah kisah yang menarik . Sudah lamakan Fira tak hias blog nih macam pelangi yang warna warni . Okeyyy now dan today Fira nak suapkan blog Fira ehh supaya gemuk. Nak beri blog Fira kekenyangan dengan apa apa kesah yang boleh dibaca . Amekkau, dah macam game pou pulokk ! Setiap kali pou lapar kita kena bagi makan . Setiap kali pou bangun tidur kita kena ceriakan pou . Setiap kali pou demam kita kena bagi ubat dan rawat setiap hari. Setiap kali pou busuk kita kena mandikan pou . Haaaa samalah jugak dengan blog . Blog takperlu dimandikan, blog tak perlu diberi makan dll . Tapi blog kena upload dengan entry entry yang menarik . Blog kena hias secantik cantiknya . Blog kena ziarah setiap hari . Blog kena edit edit dll . Hekhekk :b
Untuk permulaan cerita pasal entry nih, Fira nak kenalkan diri Fira. Chopp chopp, sebelum nih Fira sudah pernah ke cerita pasal myself or berkenaan dgn Fira ? Rasanya macam belom pernah lagi yokk . Nak check entry entry yang lepas malas lah pulak . Lantakk ahh . Abis nak start macam mana yaa? Start berkenaan ape dulu . Perlukah biodata . Zaman sekarang masih ada kee orang yang pkai biodata biodata lagi . Setahu Fira ini cara dah lapokk ahh . Serius talk pehh, dulu time sekolah rendah budak budak yang nak kenal dengan Fira punyalah mintak biodata Fira . Ohohh, biasalah . Tetiba korang yang baca entry nih pon pernah mintak mintak biodata orang . Haaaaaa baik jujur . Cepat jujur cepat ! 



BIODATA FIRA ZAILAN : 

Nama Penuh : Zahirah Nurul Syafira Binti Zailan .
Nama Panggilan : Fira , Asya , ZNS , Zahira  
Nama Manja : Sayangg *gedikk jehh*

Status: Taken by Zynn Malik 
Hobby : Taken picture *tak kisah gambar ape* | Play Guitar *lagu slow jehh boleh bawak*
Ambition : Doctor and in the same time want to be a modelling
Favourite Song : Lagu Ella . Lagu Achik Spin and Nana
Impian : Berjaya seumur hidup, Suka dimanja , Dilayan dengan baik and others

Cukup tak bio Fira nih . Jenuh lahh nak ingat benda benda yang dah lama tak buat . Kalau korang masih taktahu Firanih macam mana kan, Fira nih orangnya kecil molek . Nampak jehh orangnya kecil but jiwanya besar peh . Sekali kecewa, jangan tanyalah boleh jadi gila doee -.- Hati berubah semua akan berubah . Means, perasaan off course lah berubah .  Fira nih kalau perasaan riang gembira hahaiiihh semua akan jadi gila . Otak akan jadi gila. Seharian kalau tak ketawa tak boleh . Aku nih orangnya periang . Cuma orang johh takpaham. Meelul ntah paham ke tidak ? Nenonononono ketepi ketepi ambulan nak lalu . Eheeee xP ambulan lah sangat. -,- Nihh Fira yg nak lalu . Nak bual bual kosong sambil minum coffee . Fira suka sangat bergambar . Memang kemaruk . Pasal benda alah yang semua Fira suka buat ,Fira dah pernah cerita dekat blog . Masih ingat lagii entry tuh . Tak percaya ? roll ke bawah sampai jumpa . 

Gambar gedik gedik Fira yayangg oii :

Gambar atas nih gambar paling terbaru . Fira comel tak. Hehee comel :P
Fira barujohh masukkan dekat facebook . Alhamdulillah , ada ciri ciri modelling :D

Gambar atas nih buat masa sekarang belom lagi upload dekat fb . 
Gambar Fira dah banyak sangat dekat fb .

Gambar nih gambar dah lama but tak masukkan lagi. Fira masukkan dkat blog jelah  . 
Cantik pehh pemandangan dekat situ . Time nih dkat kampung Mama :)

Gambar nih pulak gambar dekat Taman Rekreasi Mutiara Rini . Cantikkan background ?
Heheee modelling konon nyaa -.- Time nih exercise dengan kengkawan boys and girls















15 Jan 2014

Dream

Assalamualaikum . Good Night :'* . Alhamdulillahirabbi al-amin. Wasolahtu wasalam a'la asrafin anbiyaiwalmursalin . Waala alihi wa ashabihi ajma'in .
Esok hari apa yaaa ? Esok hari Rabu lahh Fira oi . Esokk jugak ada koko . Mek oii, takgeti tidur ye ? Alahh ilekk ahh, Fira takboloeh tidur pulak. Hehee :P sebenarnya kan Fira nak suruh someone dodoikan Fira . Ada ke orang yang sudi tidurkan Fira? Haihhhh takperlu kata apa apalah . Fiira dah tahu jawapannya . Confem tiada sesiapa yang mahu .Opss terselah kegedikkan . Gedik sangat sangat. Harap berubah lah fira oii :( Hmm kalau diikutkan sekarang dah pukul 11.20 pm yowlls . Baju sekolah dah lah tak gosok lagi . Nasib baik dah prepared buku and others lah .  Aku nih memey degil sikit . Suka sangat buat persediaan lambat lambat . Tajuk entry Fira kali ini berkenaan dream. Know dream ? -.- Tipu kebenor kalau tak tahu apa maksud dream. Kalau tanya adik adik Fira pon dieorang boleh jawab . Setiap orang pernah bermimpi kan ? Tak kesah lah mimpi jenis macam apa. Sama ada mimpi baik ataupun mimpi kurang baik . Kata orang orang di luar sana yang Fira kenal kenal, dieorang kata Mimpi nih cuma mainan mimpi jehh . Hahh sebelum nak buka cerita pasal mimpi kan, Fira nak luahkan perasaan sikit . Fira rindukan Rasulluallah xD Ya Allah rasanya nak menitis air mata nih dengan deras . Salam Maulidur Rasul buat semua umat Islam ~.~ Korang sambut tak dekat Masjid perumahan korang ? Ikut berarak . Fira tak . :( Fira cuma buat Salawat ke atas Nabi Muhammad di rumah jeh . Berselawat pon bolehkan ? Alhamdulillah . Now back to the topics . :b Korang korang yang baca entry ini baca doa tak sebelum tidur ? Bacalahh apa apa doa semoga dilindungi . Dream ? What about dream Fira ? Cepatlah bercerita. Tak sabar nih doee :D Act, Fira dua menjak nih asyik mimpikan Ameerul . Fira tak tahu kenapa . Fira ada tanya tanya kengkawan 'kalau kita mimpikan someone kenapa yeyek? ' Ada sesetengah pendapat kawan Fira yang mengatakan sebab kita rindukan dia . Ada jugak yang berkata sebab mungkin dia pon rindukan kita . Haihhh mana satu nih ? Berserah pada Allah je Fira nih . Honestly, Fira memang rindukan Meerul . Setiap kali terbayangkan dia . Ya Allah tolong aku Ya Allah ! Hope this night mimpi yang baikbaik . Aminnnn.. Ya Allah, permudah kanlah urusan aku  .Ya Allah. Mudah- mudahan esok adalah hari yang lebih baik dari hari ini . Eppp, nanti dulu ! Apalagi nih ? Fira nak bagi tips or pendapat or tazkirah ringkas, sebelum korang korang tidur bersihkan lah diri korang tuh dulu . Kalau malas sangat nak bilas bilas badan ke apa, senang gosok gigi and basuh kaki . Selepas itu kann, ambikk lahh wudhuk yaaa . Dah bersedia nak baring atau masuk tidur bacalah apa apa doa . Doa apa yee ? Bacalah doa sebelum tidur , Al-Fatihah, Surah 3 Kul , Ayat kursi or apa apalah yang korang tahu . Ehh nanti dulu, bgi yang belum melakukan solat isyak tuh lebih baik tunaikan dulu kewajipan . Sebelum tidur minta maaf lah kepada keluarga kita dan memaafkanlah kesalahan orang yang membuatkan korang sakit hati, benci or whatever lah pada haritu .Orightt ? Assalamualaikum :) Now boleh lah tidur dengan nyenyak . 

*Gambar nih sesaja Fira tambah . Nk tunjuk yg ni lah siblings Fira*

12 Jan 2014

GUITAR

Assalamualaikum guys ! Kaifah Halukum ? Alhamdulillah, nahnu bill khoir . Bahasa apa nih ekk aku guna ? Hmm tak logik kalau korang tanya aku bahasa apa tuh . Sebab aku memang dah pasti korang semua dari darjah 1 sampai darjah 6  pernah belajor. Melainkan kan korang nih orang India atau Cina yang belajar bahasa tamil atau bahasa cina . Heheks gurau en ! Ada yang jugak, sambung ambil Bahasa Arab sampai ke sekolah menengah . Macam aku nih xP Erkk bukan nak belagak yoww . Mungkin korang tertanya tanya senang ke ambik arab ? Best ke belajar arab ? Bagi orang yang tidak minat sudah pasti dari awal awal lagi dah kata Arab is susah . Ohoh english aku bercampur aduk . Shutt senyap . Agagaaga aku nih suka sangat melencong . Tajuk cerita lain nih pulak citer lain . Alohh uolls nih, ilekkk ahh ! Takmo ngajuk ngajuk .

Now ready about the story of this entry :

Guys Nampak takktakk takk title atas tuh . Hah off course nampak . As usual, kalau rabun pakai kanta pembesar yokk . Hohoo tak pernah dibuat orang nak tengok depan lappy or enphone pakai kanta  . Tapi sekurang kurangnya adalah orang yang menggunakan alat bantu penglihatan by using cermin mata . Tajuk entry aku kali ini nan nan about Guitar . You know guitar ? Alahhh gitar ini sebuah alat muzik . Uolls nak tahutak, bagi aku nan nan gitar adalah alat muzik yang boleh menghiburkan aku bila time sunyi , rindukan someone ke and others lah . Kalau ada johh gitar di tangan or lengan ek ? Haihh entahlah . Hmm klau ada gitar di tangan aku ada lah lagu yang akan aku mainkan . Aku pon sebenarnya baru jehh gedik gedik belajar gitar . So what ? Hehee ;) Aku mengaku yohh yg aku tk pandai main lagu yang rancak . Aku pandai lagu slow je .Well as uoll know, saya budak baru belajar . Kalau salah tolong tunjukkan . Sebenarnya aku teringin sesangat nak mainkan lagu Seroja for someone special . tapi sedihh . Sangat sedih ! Aku tak pandai wohh nak petik kord lagu Seroja . Amat menyusahkan . Kekadang, bila aku dengar lagu atau family aku nyanyi lagu seroja akan membuatkan aku teringat ingatkan dia. Haihhhhhhh :( As uoll want to know, aku selama nih main gitar pon pinjam cousin rapat . Kak Jia . Ohhhh tapi tapi takkan sampai bila bila aku nak bergantung pada gitar dia . Haihhh,aku rancang nak ajak Papa bawa aku searching guitar . Aku adalah jugok ask Meelul dekat mne area jual gitar . Dia kata dekat Angsana . Abang Afifi kata dekat area Taman Universiti . Ohoho, pening kepala pening pening nih ! Aku nak gitar biasa biasa jeh buat masa sekarang . Simple pon bolehh ah . Kalau nak gitar electric electric tuh nanti lahh Fira oii . Belum mampu. Aku ingat, nak beli gitar pakai duit sendiri tanak susah susahkan Papa Mama. Sebab ape ? Aku yang beria ria nk gitar .

Sebenarnya apasal Fira cerita pasal gitar gitar pada entry kali ini ? :

Aaaaaaa, Fira lupa pulak en nak cakap apa niat bercerita  pasal gitar . Ohh yaa, Classmate fira tanya tanya fira yg fira nih pandai main gitar ? Acap, Nabil, Ainul ! Mehh sini baca sampai bawah . Aku taklah sepandai ex senior kita Afifi yang terror main gitar. Aku cuma biasa biasa tapikan aku ada usaha wehh nak belajar main gitar . Acap ada tanya 'kau pandai main lagu apa?' Wehhh, aku nan nan pandai main lagu slow yang macam aku katakan tadi kat atas . Lagu slow macam mne ek ? Ok example lagu Najwa Latif , IamNetaa and others lahh. Buat masa sekarang kan, Fira tengah try try cuba cuba lagu Ella .Opsss chop ! Try and Cuba tak sama kahh ? Hahaa mengong aku -.- Aku suka sesangat sangat lagu Ella . Gua kalau karaoke dgn family tak lain tak bukan mesti tak tertinggal lagu Ella . Aku peminat dia pehh xP

Weyyy, tunggu aku ya gitar. Aku harap sesangat papa bawa aku pergi kedai muzik . Nih aku hope too much :) *Buat muka comel * Hehee . Ciri ciri gitar aku nak sangat macam ini lah . Tengok gambar bawah ni. Apamacam? Manyak cantik dokkk .


-Gambar atas nih aku ngada ngada tokok tambah. As u know, aku gedik . Haaaa amekk kau, mengaku awal awal . Alahh chill lahh, semua perempuan gedik . Tak kiralah gedik melalui apa . Yang lelaki taktahu pasal girl girl dokk diomm jehhh en ! -

*Gambar atas tuh kan, gambar time Hari Sabtu lepas ada perjumpaan koko. Keinginan aku nk jumpa budak boy RK tak kesampaian . Terselah kegedikkan . So what? * 

1 Jan 2014

First Day Sekolah


Hai Assalamualaikum korang korang yang tengah singgah minum kopi dekat blog aku nih! Apa macam hari pertama ke sekolah ? Manyak syokk . Oh oke oke confirm korang semua rasa berseronok nak ke sekolah .Yelaaa, kan dapat pakai baju baru, kasut baru dan sebagainya lah . Baru ada semangat nak belajo. And korang jugak dapat lah jumpa kawan kawan korang yang dah lama tak berjumpa . Dah berapa lama ek agaknya tak jumpa ? Hmm mungkin dalam sebulan lebih . Ohh lupa nak bagitahu  , yang aku nih baru balik dari sekolah . Tapikan tapikan aku mungkin tak dapat nk bukak fb lagi . Sedihnyaaa *rasa nak melalak sekuat kuatnyaa . Tapi ada ke orang yang sanggup dengar suara aku yang nyaring menangis?* Okkk lupakan seketika pasal berpasbook pasbook . 
            
                               -  Now dengoor pulak pasal first day aku kat sekolah .  -

As usual off course lahh aku pakai benda benda baru . Beg Baru . Kasut baru . Tudung baru . Semua laah yang baru . Masih bau kedai auu ! Macam biasa setiap kali tahun baru mesti wajib ada Pelantikan . Korang korang nih teruskan baca je. Act, aku nak kenalkan orang orang besor dalam kelas aku . Siapa ehh yang dimaksudkan fira? Hehee bukan lah orang yang berbadan badan besor ke apa . Tapi orang berjawatan yang bertanggungjawab menjaga kelas aku. Ketua kelas Muhammad Auji Hakimi . Penolong pulak disandang oleh Muhammad Akma (Mantan Ketua Kelas Aku tahun lepas) .  Ohhh tahniah tahniah yok ! 

                                      -Now about teacher teacher what u want to teach -
Alhamdulillah, aku dapat teacher teacher yang baik baik belaka.  Aku tabikk ahh ! Sebab apa, harini teacher teacher aku buat aku ketawa jehhh tak henti henti . Ohh Jyeahhh . Kau hadohh ? Korang takde teacher macam teacher sekolah aku cuma buat senyum senyum sokmo johhh eh xP Kalau ada teacher teacher semacam teacher teacher aku nih , aku cadangkan korang angguk angguk gelingg geling tunjuk tunjuk tau tau ! *Wajib buat * Ehe Eheh, sorry aku paksa korang . Alah, chill lah .

                          - About friend friend Boyfriend pulak  .Erk .. bukan bukan ! About Friend -

Jom main tepuk amai amai belalang kupu kupu. Tepuk biorr ramai emokk upah susu ! Jom lahhh . *teringin nk jadi budak budak kecil balik* Agagaaaaaga .. konfirm taklayan kan apa yg fira ajak main tadi ? Ok Back to the Friends . For uolls information nan nan *budak pelat cakap* , dalam kelas aku ada kawan baru. Girl rupanyaa . Ingat boy. Kalau boy dah lama dok gatal nak usya .  Erkk apa korang korang ingat aku nih jenis macam tuh ke? Gedik gedik nak ngorat orang . Bagi aku kan bagi aku membazir masa jehh. Baik aku ngorat buku teks teks aku jeh .Lagi bagoss. Dapat peh untung kalau kalau usya buku . Ototoo, kawan Fira nih kan datang dari sekolah pandai wooo . Sekolah SSI . Ohohoo kalau tidak tuh sekolah aku dari lama . Cuma tak mohon je . Keputusan UPSR aku dulu pon bukan tak cantik . Cantikkk pehhh ! Jangan pandang aku sebelah mata ehh ehh . :D Kawan baru Fira tuh namanya Siti Zulaikha . Sedapnyaa nama dia. Dia datang maii ke sekolah aku sebab dia ada sakit . Kesian nyee dia . Aku harap korang yang baca entry aku sekarang nih mendoakan dia ok . Alahh doakan orang tak rugi pon . Kita dapat pahala peh .  Walaupon kita tak tahu sebesar mana pahala tuh . :) Kata cikgu Fira : Pn Sarimah 'sebenarnya kita sakit itu sebenarnya rezeki' Ehhh adoo pulak macam tuh. *mesti ada yang anggap macam tuh* Apa yg cikgu aku katakan tuh ado kebenor nyaa. Sebab apa? Pertama rezeki dapat diuji . Sebab dari situ lah kita dapat tabah dengan dugaan yang ditimpa oleh kita. Keduanya pulakk, Rezeki sebab dosa kita dah diampunkan dari muka bumi sekarang ni. Hahaaa . Betul tok ? Cerita about Madam Sarimah kannn, aku tengok dia makin funny . Sebabnya apa ? Dia dah pandai melawak . Kato nyaa semenjak tengok Maharaja lawak lah dia jadi cenggini . Hahaa xD

Okkklahh Uolls ! Aku nak pi makan . Tangan dah lenguh nak taip entry ini panjang sepanjang panjang benang jahit  . Mana taknyaa, balik balik terus onkan lappy dekat meja belajor . Lain lah kalau on lappy dekat atas katil kan syokkk . Boleh main guling guling . Akak aku pon baru balik kerja and ada bawa makanan so thot lahh nak turun bawah . Kalau tok, jangan harep lah aku nk jenguk jenguk bawah . Yelaa, aku  ni kan jenis orang balik balik jeh sekolah terus masuk bilik . Dahh Assalamualaikum lolol (-3

*Nih bukan gambar hari pertama sekolah en ! *